‘MASOHI’ adalah kompilasi EP kerjasama ahli pemuzik dari komuniti Maluku yang menetap di Belanda. Selepas berkolaborasi beberapa bulan, hasilnya single pertama “Kalau Bisa” oleh RUA ft. DOMINIQUE dilancarkan pada hari ini.
Karya yang berentak R&B ini mengabungkan vokal daripada duo Rua (Tutu dan Rapha) yang menyanyi rap dalam bahasa tradisi Maluku-Melayu dan disertai oleh suara sensual Dominique. Lagu ini adalah contoh yang sempurna bagi maksud Masohi.
Projek ini dinamakan Masohi yang membawa maksud mencintai dan menyokong satu sama yang lain dalam bahasa Maluku, bahasa asal Kepulauan Maluku, timur Indonesia. Konsep ini juga berteraskan perpaduan komuniti Maluku di seluruh dunia.
Tentang Projek ‘MASOHI’
‘MASOHI’ adalah sebuah projek muzik yang dimulakan oleh Kevin Egbers, Jozef Matitahatiwen, Chavez van den Born dan Channing Lawalata. Tujuan projeck ini adalah untuk memotivasikan ahli Maluku lain yang tidak pernah mengekspresikan diri mereka dalam bidang kreatif dan mengejar 100% kebahagiaan mereka. Projek ini melambangkan hormat, perpaduan, kasih sayang, kreativiti, dan yang paling penting penjagaan antara satu sama.
Jozef, Kevin, Chavez dan Channing bertemu melalui sebuah projek muzik. Pada masa itu, mereka mendapat ilham untuk memulakan sebuah platform untuk seniman Maluku yang berbakat untuk mereka menunjukkan kreativiti mereka. Pada Mei 2021, sebuah kem menulis lagu khusus untuk pemuzik yang berasal dari Maluku telah dianjukan bagi tujuan untuk menghasilkan sebuah EP dengan 3-6 buah lagu. Hasil daripada kem tersebut adalah EP Masohi yang bakal dilancarkan pada Mei 2023.



















